Saturday 31 May 2014

CERITA 5 BULAN SEBELUM

ASSALAMUALAIKUM,

Hari ni mood ceria nak update blog saya yang masih bayi ni..banyak benda nak cerita,cerita macam mana saya bermula dengan Shaklee dan macam mana saya terpaksa join jadi ahli Shaklee.

Sebenarnya sebelum ni memang dah pernah dengar tentang Shaklee ,kenal dari rakan facebook yang selalu update status tentang produk Shaklee. Masa tu buat endah tak endah je,cuma hanya like status rakan-rakan sahaja. Satu hari bila kerumah kakak yang sulung,tengok banyak produk-produk Shaklee kat rumah dia, bila saya tanya kakak,dia cakap dia dah pun jadi ahli Shaklee. Saya ingat lagi kakak pernah ajak saya jadi ahli,tapi masa tu memang betul-betul tak berapa masuk lagi dengan produk Shaklee ni,sampai kakak cakap tak apalah kakak tolong bayarkan yuran ahli. Dia kata kalau buat betul-betul boleh dapat duit sampingan. Tp masa tu saya masih lagi tak berminat sebab mindset saya, macam mana saya nak jual,sedangkan saya belum lagi cuba guna produk ni..dan satu lagi saya mengkategorikan produk ni `agak mahal` juga.

Pada pertengahan Disember 2013, akhirnya saya mendaftar sebagai ahli Shaklee (SID1087249) dan saya ingat lagi pelanggan pertama yang order vitamin dari saya adalah kawan baik saya sendiri iaitu pada bulan Februari 2014.. Set Kesuburan Suami dan Isteri serta Set Kurus. Wow gembira tak terkata saya masa tu,dapat buat sale dan yang paling penting ialah membantu rakan yang teringin untuk mempunyai zuriat sendiri. Dan pada bulan itulah saya mula mendapat bonus 2 angka. Alangkah gembiranya saya.

Bermula dengan 2 angka bonus tu lah menjadi titik tolak saya untuk mula serius untuk berbisnes dengan Shaklee dan membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah kesihatan. semakin hari hari semakin banyak sales yang saya dapat buat. Berkat dorongan kakak saya..sehingga waktu saya menaip ni, Alhamdulillah saya masih berjaya mengekalkan Rank Supervisor walaupun pelbagai halangan yang terpaksa saya tempuh.

 Saya amat berterima kasih kepada kakak saya yang bersusah payah menarik saya ke dalam bisnes ni walaupun pada mulanya saya memang tidak berminat langsung. Saya juga bersyukur kerana berada di bawah kumpulan yang sangat bagus iaitu Group MariaFirdaus. Master Maria dan Master Firdaus yang tak pernah lokek memberi nasihat dan ilmu yang sangat bermanfaat serta ahli-ahli group yang lain. Anda semua memang BEST!!!! tabik spring kepada anda semua..

KEJAR AKHIRAT,INSYALLAH DUNIA KEJAR KITA

Hasnisah Binti Amjan
SID : 1087249
Phone : 017-5405065
Email - hasnisah86@gmail.com